MEMUJI NABI ﷺ MENJADI JALAN MENUJU SYURGA

Pemuda yang bersuara indah, lebih baik menggunakan suaranya untuk memuji Rasulillah ﷺ daripada menggunakan suaranya pada seni murahan.

Daripada suara membawa ke neraka, lebih baik suara itu digunakan untuk membawa ke syurga.

Pujian kepada Sayyiduna Nabi ﷺ akan membuat seseorang itu sampai ke darjat yang tidak diperoleh oleh para ahli ibadah.

Al-Imam al-Bushairi rahimahullah misalnya, mendapat kewalian meskipun tidak rajin solat dan puasa kecuali ibadah yang wajib-wajib sahaja.

Ahmad Syauqi menjadi Amiir asy-Syu’ara, padahal menurut para ahli syi’ir; Hafizh Ibrahim lebih hebat dalam pembuatan syi’ir-syi’ir. Mengapa? Kerana Ahmad Syauqi memuji Sayyiduna Nabi ﷺ, sementara Hafizh Ibrahim tidak, sehingga umat sepakat mengangkat beliau sebagai Amiir. Beliau hidup sebagai basya (bangsawan mulia), mati sebagai basya dan menjadi Amiir.

Sehingga ketika beliau sakit sebelum wafat, Syeikh al-Azhar masa itu mendatangi beliau kerana Sayyiduna Nabi ﷺ datang dalam mimpinya dan berkata: “Pergilah pada Ahmad Syauqi, kunjungi dia dan beritahukan khabar bahagia dengan syurga sebab pujiannya padaku.”

Maka, pujian kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ membuat seseorang akan sampai pada hal yang tidak didapatkan dengan jalan amal dan kita mengambil barakah daripada pemuji (Rasulullah SAW).

امين اللهم امين
اللهم صل على سيدنا محمد و اله وصحبه عجمين