SHOLAWAT PINTU MAKRIFAT

Kenapa ditekankan sholawat berbanding zikir-zikir lain?

Ini kerana sholawat adalah jalan pintas menuju makrifatullah.

Perlu diketahui bahawa darjat makrifat tu adalah semata-mata pemberian dari Allah kepada hamba-Nya, bukan hasil usaha manusia.

Rasulullah SAW bersabda:

‎عَرَفْتُ رَبِّيْ بِرَبِّيْ

“Aku bermakrifat kepada Tuhanku dengan Tuhanku.”

Salah satu cara yang mudah untuk mencapai makrifatullah adalah dengan membaca sholawat kepada Nabi Muhammad SAW

Al-Allamah sayyid Abdurrohman bin musthofa Al-Idrus (tinggal di mesir), menyatakan (dalam penjelasan Beliau tentang Sholawatnya sayyid Ahmad Al-Badawi.

Komen beliau ini di tulis
dalam kitab yang berjudul (Miraatu Al -Syumus fi manaqibi Aali Al-Idrus )

Bahawa di akhir zaman nanti, ketika sudah tidak di temukan seorang murobbi (Mursyid) yang memenuhi syarat, tidak ada satu pun amalan yang dapat menghubungkan seseorang wushul (makrifat) kepada Allah kecuali bacaan sholawat kepada Nabi SAW, baik dalam keadaan tidur ataupun terjaga.

Sebahagian kaum ‘Yang Arif’, mengatakan:

“Sesungguhnya sholawat itu, boleh menghubungkan pengamalnya untuk makrifat kepada Allah, walaupun tanpa guru kerohanian (mursyid)”.

Kerana guru dan sanadnya, bersambung terus melalui Nabi SAW.

Ingat! setiap sholawat yang dibaca seseorang selalu diperlihatkan kepada baginda dan baginda membalasnya dengan doa yang sama (maknanya nabi tahu siapa saja yang membaca sholawat kepada baginda dan nabi menjawab sholawat dengan doa yang serupa kepada pembacanya tadi).

Hal ini berbeza dengan zikir- zikir (selain sholawat) yang perlu melalui bimbingan guru kerohanian /mursyid, yang sudah mencapai makam makrifat.

Jika tidak, maka akan dimasuki syaitan, dan pengamalnya tidak akan mendapat manfaat apapun “.
(Hasyisyah Ash-Showi ‘la Al-Jalalain, Hal: 287, Juz III, Toha Putra)

Al-arif Billah Maulana Syeikh Muhammad al-Jauhari berkata :

“Berpegang teguh kepada Allah adalah suatu keharusan untuk tetap selalu mengikuti perintah-Nya. Namun bukan suatu keharusan bahawa untuk sampai kepada Allah harus melalui Guru, sebagaimana pendapat para sufi. Tentang perlunya para guru itu adalah suatu kebiasaan saja. Allahlah yang menghendaki hamba-Nya atas kehendak-Nya dengan beberapa macam tarikan.”

Jika diamalkan sholawat dengan betul nescaya Allah akan membukakan hati pada keindahan Hakikat Nabi Muhammad SAW. Hingga kemudian Allah akan menaikan pada musyahadah terhadap Wujud-Nya Yang Mutlak dalam kandungan Nabi Muhammad SAW.

Seperti diketahui bahawa tubuh Nabi Muhammad SAW tidak memiliki bayang-bayang. Ini menunjukkan bahawa Nur beliau berasal dari Nur Dzat Allah.

Barang siapa yang memasuki alam makrifat melalui pintu kenabian Muhammad (dengan bersholawat) untuk menuju Allah, menurut para ahli Hakikat adalah jauh lebih sempurna dari pada melalui pintu tauhid asma’ dan sifat.

Bahkan lebih sempurna jika dibandingkan mereka yang mendapatkannya dengan cara Jidbah (ditarik terus oleh Allah)
(Syekh Muhammad Nafis Al-Banjari, Kitab al-Durunnafis, hal. 83)
[07.10, 5/5/2024] Pahaji Deni: Hakikat Nabi Muhammad SAW

Dengan bersholawat kita memuji Nabi Muhammad SAW, Hakikat Muhammad itu ialah NUR MUHAMMAD. NUR MUHAMMAD itu ialah HAKIKAT ALAM. NUR MUHAMMAD atau HAKIKAT MUHAMMAD disebut juga NUR AWAL, maknanya asal segala kejadian dan akhir segala kenabian.

Itulah sebabnya hakikat MUHAMMAD itu disebut utusan, maka kalau hakikat Muhammad itu disebut utusan Tuhan maka carilah dan galilah sedalam-dalamnya hakikat hidup kita ini, supaya dapat pulang kembali keasalnya, iaitu kembali kepada hidup yang sejati, iaitu hidupnya Tuhan yang kekal dan abadi, dan azali dan tidak terkena kehancuran.

Itulah yang disebut zat yang maha besar yang dikenal dengan sebutan HAQQULLAH TA’ALA.

Itulah tempat kembali, tempat manusia Makrifat, sebagai kesempurnaan kita yang sejati dan abadi.

HAQQULLAH itu adalah sebagai kenyataan kita yaitu untuk alam akhirat nanti dan alam dunia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *